Pages

MY WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

syukur alhamdulillah :)

assalamualaikum kepada semue yang membace belog aku nie..
ermmm...macam maner nak mulekan crite nie ye :) 
aku & hubby sangat bersyukur & gembira dengan rezeki 
yang telah Allah berikan ini
diharap ade rezeki untuk aku ngan suami untuk kali ini
semoga segalenyer berjalan lancar tanpa ade ape2 yang tidak
diingini berlaku..amin3x yarabbalalamin..

 " Ya Allah Ya Tuhan kami sesungguh Nya Engkau yang maha
Berkuasa atas segala-galanya, maha Pemurah, maha Adil dan 
Maha Segala-galanya bagimu, aku sebagai hambamu ingin memohon 
Ya Allah kau berilah yang terbaik
untuk hidupku & suamiku, lindungilah kami sekeluarga dan berilah
petunjuk yang terbaik untuk hidup kami " amin...

mesti semue nak tahu kan ape REZEKI ???????
yang aku maksudkan kat atas tadi :)
hokey jom tengok ujian yang aku buat kat bawah nie



urine test..tenkiu kepada kak huda sebab bagi nie suh cepat2 test
sebab period aku dah due 1 week..


arahan : 2 line = positive @ 1 line = negative
so agak2 semue dah tahu ape keputusannyer kan..


syukur, alhamdullillah... dengan izin Allah insyaAllah aku ngan en hubby
akan mendapat permata hati pertame kami :)
semoga dengan kehadiran cahaye mate ini akan mengeratkan
lagi ikatan suci yang telah kami bina..




P/S : tolong doakan aku ngan baby selamat melihat dunia nie & sehat walafiat.. :P





Tuesday, June 28, 2011

singgah makan MCD :)

balik keje hari 2 hubby ajak singgah makan Mc Donald :)
kami makan yang dekat dengan umah je
kat stesen minyak shield, MRR 2
suke la haku nie kan sebab ade orang yg sudi nak belanje makan




semalam plak hubby blanjer makan kat Johny
tapi x sempat snap gambar plak sebab
makan laju2 nak solat manghrib plak pastu
tenkiu en hubby slalue blanje sayang makan :)



Monday, June 27, 2011

harta karun...

malam tadi en hubby dok mengemas2 dalam almari,
habis semue barang diselongkarnyer
biasela biler nak cari dokumen2 penting baru terbukak almari 2 kan..
then terjumper lah harta karun lamer
hehehe..
apakah??????????
..........................................................................
.........................................................
...........................................
.............................
...................
..........
....
..
.






hahahaaa...ingatkan emas ker..intan berlian ker kan..
tapi...hanyelah ticket wayang..
banyak betol la so skrang dah xde sebab dah masukkan dalam tong sampah
dulo2 aku ngan hubby rajin tengok wayang mase zaman bercinte
semue ticket wayang sajer simpan untuk suke2 :)




Saturday, June 25, 2011

key chain..


  key chain nie aku beli masuk pegi bercuti di 
Port Dickson untuk kenang-kenangan sajer
 macam biase la mesti beli 2 set satu untuk aku & satu untuk hubby :)

 
   
 kreatif tengok orang 2 ukir name kami...


untuk suke-suke jer..macam budak2 baru bercinta lak kan..hehehee :P

belakang boleh tulis name yang kite nak..
so kami buat sempena name gabungan aku ngan suami tersayang


yang nie special dari member satu opis baru balik dari pulau perhentian
tenkiu kak julie bagi ole2 gak buat sal :)
hokey itu sajer nk kongsi ngan UOlls
bye..bye..




Friday, June 24, 2011

Ole-ole dari bandung :)

kawan lame & aku dah anggap macam kakak sendiri balik bercuti dari 
bandung telah bawak ole2 untuk aku :)
suke sangat2 tenkiu kepada kak lina, ingat gak ye..hehee
dulo kami satu tempat keje skrang dah lain dah, lame dah x jumpe
rindu nak kuar lunch bersame, terutamenyer hari jumaat la
break 2hour so kami slalue kuar window shoping :P



inilah ole2 dari bandung ' kek ' , sape2 yang penah pegi bandung
mesti penah nampak kek macam nie kat sane kan
dengar popular kat satu tempat kat sane tapi haku x tahu name tempat 2 :P



inilah rupe dalamnyerrr.. nampak macam kek coklat kan
tapi sebenarnyer bukan rase coklat tau..
rase macam koko + coffe macam 2 la..
sedappppp tau...
tenkiu skali lagi kepada kak Lina , rindu nak hangout bersame2
teringat mase rombongan bercuti bersame2 di ke pulau-pulau..





Wednesday, June 22, 2011

Today bekpest wit hubby :)

pagi nie kuar awal sikit dari rumah sebab nak pegi bekpest ngan hubby :)
makan kat mamak ali maju sri rampai sebab nak makan roti canai
lagipon dekat ngan opis kan..


teh ais aku punyer + ginseng tongkat ali hubby yg punyer



roti tampal nie aku yang punyer :)
( mesti nak yang garing tau + curry yang sedap )



 yang nie roti telur, en hubby yang punyer

 ( x kisah macam maner pon mesti makan janji ader sambal
walaupon rase sambal kureng pon xpe..hehe..senang kan )


wokey itu sajer..xtahu ape nak update kat belog nie..
jumpe lagi di entry akan datang
bye..bye :p



Saturday, June 18, 2011

wanita pertama masuk syurga sebelum anak Rasululllah S.A.W

Siti Fatimah adalah anak Rasullullah S.A.W yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullullah S.A.W sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda: "Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu."

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata: "Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang."

 


Lalu Rasullullah S.A.W bersabda: "Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah." Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasullullah S.A.W maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata: "Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak." Perempuan itu menjawab: "Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari."

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata: "Ini siapa?" Anakanda Rasullullah S.A.W menjawab: "Ini anak saya, Hasan." Perempuan itu lantas berkata: "Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya."

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata: "Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah," bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata: "Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasullullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasullullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua."

Isterinya menyahut: "Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak." "Terima Kasih," sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya: "Mengapa jadi begini?" Perempuan itu menyahut: "Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya." "Buat apa dengan bekas air itu?" tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu: "Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah."

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi: "Buat apa pula tongkat itu?" Perempuan itu menjawab: "Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini." Siti Fatimah bertanya lagi: "Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?" Maka perempuan itu berkata: "Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya."

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata: "Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya."

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasullullah S.A.W lalu berkata: "Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu."

Sebaik sahaja Rasullullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum: "Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu." Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Dari kisah yang diceritakan di atas, dapat dilihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya anda akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan anda sekarang di sisi Allah S.W.T kerana keredhaan Allah S.W.T adalah keredhaan suami anda.

Ingin dititipkan juga di sini suatu ayat yang pernah didengar yang bermaksud:

"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."

 

Avilion Admiral Cove Hotel 2..

assalamualaikum & salam sejahtera semue :)
kalau sebelom nie ake dah crite skit pasal tempat nie pada 
hari nie aku nak kongsi lagi..hehee
ok jom layan gambar-gambar bawah nie :)


 

 

inilah dye yang aku nak kongsikan sekali bersame
pembace belog haku nie..hehe.. :)
time bekpest yang seronok
makanan sangat banyak choice sebab buffet 
makan la berape banyak kali nak tambah
sampai konyang perot :P
( yang ni gambar 1st day morning )




  

dan yang nie plak gambar-gambar 2nd day bekpest..
yum..yum..yum.. mesti kamu yang tengok pon terliur gak kan :P
OK itu sajer untuk kali ini 
salam, jumpe lagi : )



Friday, June 17, 2011

Bersame En Hubby :)

crite nie sebenarnyer pada hari ahad lepas 
tapi kerana bizzi sangat crite nie kuar hari nie plak..hehehee..
macam nie la biler mate x nak tido, malam2 bute
dok depan laptop mengupdate belog nie :) ngeh3x
nie adalah entry yang ke-3 malam nie aku update :)


kami x kuar maner pon just pegi care4 dekat wangsa maju
untuk beli barang dapur 
(kebiasaan sekali untuk sebulan)
siap beli barang-barang kami singgah makan dulu
di restoran Jom Bali yg terletak dalam care4 nie


okey kami amik gambar dulo sebelom makan :P


yang kiri en hubby punyer, nasi goreng ketam
kanan aku yang punyer , nasi goreng ayam


air kami mesti korang tahu kan maner aku punyer N maner en hubby punyer
( cube la teka ye..hehehee )


hahaa..makan pon sempat nak amik gambar gak kan kami nie :)


wokey dah siap makan, amik gambar dulu sebelom balik :P
itu jerla xde ape2 pon yang laen..kihkihkih..
salam, jumpe lagi :)




Kisah jagung...

hari isnin malam hari 2 aku balik keje bagitahu en hubby mintak temankan
nak kuar beli seliper.. sebab seliper dah putus..huhuuu
bukan itu ajer tau kat opis pon haku dengan
tidak sengaje telah putuskan seliper
service manager aku Pn Fazilah..sorry ye kak ila x sengaje
maybe memang nak putus tapi ngam2 mase aku pinjam :)
so aku simpan seliper yang putus bawah meja aku sampai la
tuan punyer cari nak pakai..then kantoi la..
hehe..ngan bergurau kak ila suh ganti sebab seliper 2
dye beli kat pulau karimun, indonesia
aku jawab ok jer tapi kene bawak aku g sane la nak beli yang baru :)
( banyak cantek kan..hehee )

eh dah lari tajuk plak kan.. hokey kite sambung lagi crite


biler dah dapat ape yang aku nak beli ape lagi nak balik la kan










sebelom balik aku tapau ais cream ngan jagung


suke dapat jagung ngan ais kem choclate nie
ok dah jom balik en hubby :)


tapi...................... inilah yang terjadi..huhuuu
en hubby dah tertumpahkan aku punye jagung mase nak tolong
simpan kan..tapi aku x kisah pon bukan mengidam pon kan

akan tetapi.........................................
..........................
.................
.........
....
..
.


suami yang tersayang nie cepat2 kuar kete nak beli yang baru
untuk gantikan jagung yang dah tertumpah itu
aku panggil2 pon hubby tetap pegi gak
pastu tolong bersihkan lagi
yang tertumpah dalam kete
( * ___________ * )



inilah sikap suamiku, sangat baik aty n terlalu baik sikapnyer
aku bersyukur ditemukan jodoh dengan insan sepertinyer
sayang abg sangat..huhuuu terharu sayang tau..
time kasih banyak abg, abg selalu cube menyenagkan hati sayang
dan buat terbaek untuk sayang walaupon
macam maner sikap sayang nie..
Love abg forever :)



Lunch on Friday :)

hari nie pegi lunch reramai :)
meriah sangat & seronok rase dapat pegi beramai-ramai nie tau..
aku ngan kak huda N kawan-kawan opis lame
semuanyer 6 orang..ramai kan..


Ha di sini la kami pegi makan reramai..hehee..
bertempat di AEON setiawangsa


inilah mereka yang sudi lunch bersame haku :)
tenkiu yer korang sudi juin lunch sesame


 group satu : nana , kak huda , miza
( dari kiri gambar ye )


group 2 : shelly mira, haku :P
( dari kiri gambar gak )












nasi putih ngan ikan tenggiri masak asam pedas
nie aku punye ngan nana
rase ok sedap gak la :)


belacan + ikan masin + timun sebagai ulam
penambah sedap makanan haku :P


hihiii..aku ngan air kegemaranku
choclate ice blande












yang kiri nie aku x ingat ape name dye..
yang kanan nie mee curry shelly yang punyer
rase kureng sgt sebab tawar xde rase garam
mak shelly buat lagi sedap :) dah lah sampai lambat :( 
cian kat sally..huhuuu


okey yang nie plak mee udang miza ngan mira order yg same
rase ok sedap tapi terlebih garam sikit
maybe garam nak masuk kat mee curry shelly
tadi terletak kat sni gak..hehee..


mee bandung nie kak huda yang punye
x tahu sodap ker tidak sebab x sempat rase


hokey itu sajer dulo nie amik gambar dulo sebelom balik :)